Hubungan dengan manusia Rusa_kutub

Sebagai sumber makanan

Daging rusa kutub lembut dan kurang lemak, dan ia sangat digemari di negara-negara Scandinavian. Bebola daging rusa ini dijual dalam tin, bahkan sosej dari daging ini turut dijual di pasaraya dan kedai runcit di Alaska dan Finland. Daging ini boleh disediakan secara segarnya, dikeringkan, diawet dengan garam mahupun disalai. Organ dalaman rusa kutub turut digunakan dalam ramuan masakan tradisional tertentu.[16] Malah, daging segar rusa ini yang dihasilkan dan dibungkus di Lapland Finland (Lapin Poron liha) dilindungi pengelasan PDO Eropah untuk tujuan perdagangan.[17][18]

Pengangkutan

Penggunaan rusa sebagai kaedah pengangkutan biasa dalam kalangan orang-orang nomad utara Rusia (sepertimana di Skandinavia). Walaupun kereta luncur yang ditarik oleh 20 ekor rusa bergerak tidak lebih daripada 20-25 km sehari (berbanding 7-10 km dengan berjalan kaki mahupun kereta luncur anjing; 70–80 km sarat dengan kargo, 150-180 km tanpa kargo), kaedah pengangkutan ini lebih berkelebihan atas kebolehan rusa mencari makanannya sendiri berbanding dengan kawanan 5 hingga 7 ekor anjing kereta luncur yang memerlukan 10-14 kg ikan segar setiap hari.[19]

Pemburuan

Rusa kutub liar masih diburu di Greenland dan di Amerika Utara. Haiwan ini merupakan sumber makanan, pakaian, tempat tinggal dan alatan yang pentng dalam gaya hidup tradisional dari masyarakat Inuit, Bangsa-Bangsa Pertama di Kanada, Peribumi Alaska dan Kalaallit Greenland.

Rujukan

WikiPedia: Rusa_kutub http://www.cbc.ca/news/canada/newfoundland-labrado... http://www.thecanadianencyclopedia.ca/en/article/c... http://ec.europa.eu/agriculture/quality/door/list.... http://60north.mmm.fi/news?&article=13673753&secti... http://www.saunalahti.fi/~marian1/gourmet/reindeer... http://www.itis.gov/servlet/SingleRpt/SingleRpt?se... //doi.org/10.1111%2Fj.1365-2907.2006.00093.x //doi.org/10.1177%2F004051755502501002 //doi.org/10.2307%2F1382230 http://www.iucnredlist.org/details/29742/0